Ebby Yus Cari Jururawat Yang Pernah Selamatkan Nyawanya Di Dalam Kapal Terbang

Minggu lalu, pelawak dan pelakon Ebby Yus memuat naik hantaran di laman sosial Instagram mencari seorang jururawat yang merawatnya ketika dalam penerbangan ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah pada Oktober lalu.

ebby yus cari jururawat yang pernah selamatkan nyawanya di dalam kapal terbang

Katanya, jururawat tersebut telah menyelamatkan nyawanya selepas dia pengsan akibat serangan jantung sebelum pesawat berhenti transit di Maldives.

Pelakon senior itu kemudiannya ditahan di sebuah hospital di Maldives sehari dan memohon untuk keluar dari wad selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk kos perubatan yang tinggi.

“Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menolong saya. Beliau telah menyelamatkan nyawa saya.

“Jika tidak kerana tindakan cepat beliau, saya pun tidak tahu apa yang akan berlaku,” tambahnya.

Terdahulu, Ebby, 56, pernah meminta jururawat tersebut agar menghubungi menerusi Instagram sekiranya terbaca pesanan yang ditulisnya.

“Assalamualaikum. Saya ingin mencari jururawat yang pernah membantu saya ketika saya sakit di dalam penerbangan sewaktu perjalanan menunaikan ibadah umrah.

“Katanya, dia bekerja di Riyadh, Arab Saudi. Minta tolong hubungi saya (DM) ya. Terima kasih,” coretnya.

 

Terdahulu, Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, meminta jururawat tersebut supaya menghubunginya menerusi Instagram jika terbaca pesanan ditulisnya.

“Assalamualaikum. Saya ingin mencari jururawat yang pernah membantu saya ketika saya sakit di dalam penerbangan sewaktu perjalanan menunaikan ibadah umrah.

“Katanya, dia bekerja di Riyadh, Arab Saudi. Minta tolong hubungi saya (DM) ya. Terima kasih,” tulisnya.

 

Sumber: [1]