Dunia Perlu Bersedia Dengan Keadaan Buruk Kerana Omicron Tidak Akan Jadi Varian Terakhir

Omicron tidak akan menjadi varian terakhir susulan terdapat kemungkinan besar, akan muncul lagi varian-varian lain.

dunia perlu bersedia dengan keadaan buruk kerana omicron tidak akan jadi varian terakhir

Perkara tersebut ditegaskan oleh Pakar Penyakit Berjangkit dari London School of Hygiene and Tropical Medicine, Profesor Annelies Wilder-Smith.

Beliau memberi amaran kepada seluruh dunia supaya bersedia dengan situasi yang lebih buruk termasuk kombinasi varian yang memiliki kadar kebolehjangkitan tinggi.

“Omicron tidak akan menjadi varian terakhir, jelas dengan peredaran virus yang begitu tinggi seperti yang kita lihat sekarang, terdapat kebarangkalian tinggi bahawa kita akan mempunyai varian lain.

“Persoalannya, di mana dan bila? Dan adakah ia akan berbahaya atau kurang berbahaya daripada varian membimbangkan (VOC)?

“Di mana dan bila, saya rasa dengan peredaran virus yang tinggi, anda lihat Alpha di UK, Delta di India, (dan) ia mungkin lebih rendah untuk Omicron.

“Adakah ia menjadi lebih berbahaya? Sudah tentu kita semua berharap, ia tidak akan dan berdasarkan kelebihan virus berevolusi, kemungkinan besar ia akan menjangkiti anda,” jelasnya.

 

Sumber: [1]