Dua orang pelajar Malaysia, Cheryl Chow yang berusi 16 tahun dan Teng Yee Shean yang berusia 17 tahun telah mencipta sejarah tersendiri apabila esei tulisan mereka terpilih sebagai finalis Pertandingan Menulis Asia pasifik New York Times 2019 bagi edisi ke-10.
Karya mereka merupakan antara 32 yang terpilih. Pertandingan itu telah disertai oleh 1,600 peserta dari 24 buah negara.
Menurut Yee Shean yang menulis artikel bertajuk ‘Bumi Di Tangan Kita’, minatnya menyertai pertandingan menulis sangat mendalam dan beliau sangat teruja apabila karyanya terpilih untuk ke peringkat akhir.
Bagi Cheryl pula, beliau telah menulis esei bertajuk ‘Untuk Siapakah Masa Depan, Anda Atau Saya?’. Dia tidak menyangka karyanya akan dipilih daripada beribu-ribu karya yang dihantar. Perkara tersebut membuatkan beliau sangat gembira.
Karya-karya mereka juga akan dicetak dalam buku kecil The New York Times. Perghhh! Powerrr
Sumber: Suara Merdeka