Amaran tersebut dikeluarkan oleh Perdana Menteri Boris Johnson yang kini mempercepatkan program dos penggalak di negara tersebut hanya beberapa jam selepas saintis kerajaan di negara itu menaikkan tahap amaran COVID-19 kepada 4 pada skala 5 mata.
Menurutnya, program dos penggalak mesti berjalan dengan lebih pantas kerana saintis masih belum mengetahui tahap Omicron berbanding varian lain.
Terang beliau lagi, saintis maklum bahawa varian Omicron lebih mudah menular dan perkhidmatan kesihatan negara akan berjuang untuk menghadapi kemasukan ke hospital sekiranya varian itu mengancam populasi yang masih belum menerima dos penggalak.
“Saya bimbang kita kini menghadapi kecemasan dalam pertempuran kita dengan varian baharu Omicron dan kita mesti segera mengukuhkan dinding perlindungan vaksin kita untuk memastikan rakan dan orang tersayang selamat.
“Empat ketua pegawai perubatan UK menaikkan tahap amaran COVID kepada empat, tahap kedua tertinggi kerana kes jangkitan Omicron meningkat dua kali ganda di UK setiap dua hingga tiga hari.
“Kita tahu daripada pengalaman pahit bagaimana perkara ini berkembang. Tiada siapa yang perlu ragu-ragu berlakunya gelombang Omicron dan kini jelas bahawa dua dos vaksin tidak mencukupi untuk memberikan tahap perlindungan yang kita semua perlukan,” katanya.
Sejak kebelakangan ini, Britain mencatatkan tujuh hari kes COVID-19 yang melebihi 50,000 sejak Januari semasa gelombang kes terakhir di negara tersebut.
Dengan 146,429 kematian dicatatkan dalam tempoh 28 hari selepas ujian positif COVID-19 hingga Ahad lalu, Britain mempunyai jumlah kes kematian tertinggi di Eropah akibat COVID-19.
Sumber: [1]