Dr Noor Hisham Terus Mendapat Perhatian Dunia, Diiktiraf Sebagai Trio Wira COVID

dr noor hisham terus mendapat perhatian dunia, diiktiraf sebagai trio wira covid

Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terus mendapat perhatian dunia dengan pencapaiannya yang cemerlang dalam menangani pandemik COVID-19.

Sebelum ini, beliau telah dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia dalam menangani masalah tersebut. Terbaru, nama beliau telah terpapar pada tabloid antarabangsa The Independent, Singapore dengan tajuk Drs Noor Hisham, Bloomfield and Fauci - Covid’s heroic trio “ (Dr Noor Hisham, Bloomfield dan Fauci - Trio Wira COVID).

Menurut penulis tersebut, hampir setiap petang rakyat Malaysia setia menonton siaran langsung berkaitan COVID-19 yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham. Dengan tenangnya, beliau telah memperincikan perkembangan terkini, dan dengn bersahaja telah bercakap di antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Penulis artikel tersebut menyifatkan Dr Noor Hisham sebagai jurucakap negara tentang usaha negara Malaysia membendung penularan virus ini. Selain itu, penulis menghargai usaha Tan Sri Dr Noor Hisham mengemaskini keadaan semasa melalui laman Twitternya.

Dua lagi ikon COVID-19 yang mendapat perhatian penulis tabloid tersebut ialah Dr Anthony Stephen Fauci, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Amerika Syarikat dan Dr Ashley Bloomfield, Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand.

Korang boleh saksikan video SYOK Unsung Hero bersama Tan Sri Dr Noor Hisham sekarang!

 

Sumber: BERNAMA