Seperti mana semua orang tahu, Dr Amalina sangat lantang menentang perkara-perkara salah tentang perubatan yang viral di media sosial.
Terbaru, Dr Amalina sekali lagi sekolahkan netizen yang menyatakan bahawa minum ais boleh menyebabkan urat dan rahim menjadi kembang.
Melalui bebenang di Twitter, beliau menyertakan sekali statement akan fakta tidak tepat yang dikeluarkan oleh netizen di media sosial.
Tidak meninggalkan netizen terkontang-kanting, pelajar cemerlang SPM Malaysia 2004 itu menjelaskan apa yang akan terjadi kepada badan sekiranya minum ais.
Selain itu, beliau juga meninggalkan pesanan yang sangat penting kepada semua agar menjaga kesihatan melalui pemakanan.
Jadi, janganlah kita sebarkan perkara-perkara yang tak betul. Jika sesuatu bidang tu di luar pengetahuan kita, lebih baik bertanya kepada mereka yang pakar sebelum memperkatakan sesuatu.
Sumber: Twitter @DrAmalinaBakri