Dr Amalina Beri Tips Nak Belajar Online Dan Cara Nak Elak Distraction

dr amalina beri tips nak belajar online dan cara nak elak distraction

Ramai pelajar yang merungut susah untuk belajar secara online apabila mereka berada di rumah. Ye lah, bila dah ada dekat rumah ni mesti lah ada macam-macam gangguan kan? Sebab tu lah susah untuk fokus sepanjang pembelajaran.

Tapi, Dr Amalina yang pernah menjadi pelajar cemerlang  SPM dengan 17A dan kini menjadi salah seorang doktor yang hebat di United Kingdom ada berkongsi serba sedikit tips macam mana nak stay fokus dan elakkan gangguan sepanjang online learning ni.

Beliau memberikan tips tersebut melaluk akau instagramnya. Berikut adalah 5 tips daripada Dr Amalina  cara untuk fokus dan elak gangguan walaupun belajar secara online.

1. Tutup semua media sosial dan telefon. Tetapkan had masa skrin pada telefon atau tablet.

2. Tetapkan sasaran harian dan sasaran jangka masa panjang. Rancang jadua dan tetapkan deadline.

3. Reward diri sendiri dan berehatlah selepas korang dah berjaya mencapai sasaran.

4. Belajar dalam kumpulan untuk lebih bermotivasi.

5. Bagitahu kawan korang tentang sasaran korang tu jadi mereka boleh ingatkan korang supaya tak berlengah-lengah lagi.

Bersama tips itu, Dr Amalina berkongsikan gambarnya ketika gradusi Master di University of Cambridge pada tahun 2015.

Whoaaa! Terima kasih Dr Amalina atas perkongsian menarik ini.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Most students have to do online learning due to COVID-19. However it is easy to get distracted. So, how can one avoid procrastination and stay focused? 1. Switch off your phone/social media. Set a screen time limit on your phone and tablets. 2. Set daily goals and long term goals. Plan a timetable and set a deadline. 3. Reward yourself and have a break after you achieve a goal (s). 4. Work with a group of friends online to motivate you, have a study buddy/group. 5. Tell your friends your goals so that they can remind you to stop procrastinating. Good luck to all students! Persistence and determination are key to success, keep fighting! Photo taken at my Masters graduation 2015 at University of Cambridge.

A post shared by Dr. Amalina | General Surgery (@dramalinabakri) on

 

Sumber: Instagram Dr Amalina