Dos Penggalak Boleh Diambil Sebaik Pulih COVID-19

Individu yang telah divaksinasi dan pulih daripada COVID-19 dinasihatkan untuk mengambil suntikan dos penggalak mereka pada kadar segera.

dos penggalak sebaik pulih covid-19

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd Anas Alam Faizli, seseorang itu boleh terus disuntik dengan dos penggalak sebaik sahaja dia pulih daripada COVID-19 dan selepas berunding dengan doktor yang melakukan suntikan vaksinasi tersebut.

“Kira-kira 7.5 juta orang dewasa dalam negara belum mendapat suntikan dos penggalak dan jumlah ini termasuk 835,000 individu berumur 60 tahun ke atas, serta 2.1 juta penerima vaksin Sinovac sepenuhnya.

“Kita mesti lindungi kelompok rentan yang terdedah daripada COVID-19. Tolong pastikan mereka mengambil dos penggalak sekarang dan lindungi keluarga anda,” ujarnya.


Sumber: [1]