Dobi Layan Diri Tak Boleh Beroperasi Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

dobi layan diri tak boleh beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan

Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah COVID-19 berkuatkuasa, beberapa perkara dan hal telah dilaksanakan. Bukan sahaja pejabat malah premis-premis awam juga diarahakan untuk berhenti beroperasi.

Terbaru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan arahan bahawa dobi layan diri tidak boleh beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

KPDNHEP turut menyatakan hanya pusat pengedaran barang keperluan dan makanan termasuklah gudang e-dagang sahaja dibenarkan untuk beroperasi. Kementerian itu turut mengingatkan kedai makan, bakeri dan medan selera hanya boleh beroperasi untuk take away dan delivery sahaja.

Dalam pusat beli-belah dan pasar raya pula, hanya premis atau bahagian jualan barang makanan dan keperluan serta farmasi sahaja dibenarkan beroperasi.

Sumber: Facebook Astro Radio News