Dituduh Guna Steroid, Kim Jong Kook Bakal Ambil Tindakan Terhadap Komen Jahat

Bulan lalu, bintang Running Man Kim Jong Kook tidak semena-mena dikaitkan dengan kontroversi yang mana ahli bina badan Kanada mengatakan bahawa selebriti itu berkemungkinan menggunakan streroid untuk membina badannya.

dituduh guna steroid, kim jong kook bakal ambil tindakan terhadap komen jahat

Dakwaan tersebut dilakukan menerusi satu video YouTube yang disiarkan di salurannya.

Bagi menepis dakwaan tidak berasas itu, Kim Jong Kook kemudian berkeputusan mengambil sebanyak 391 ujian doping.

Tetapi, dakwaan tersebut tidak berhenti sehingga menyebabkan Kim Jong Kook mengumumkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebarang komen jahat.

Menerusi episod terbaru Running Man, Kim Jong Kook sempat menjelaskan mengenai situasi tersebut.

“Saya mengutamakan undang-undang daripada penumbuk saya. Mereka mengatakan keputusan ujian doping saya boleh ditangguhkan. Apabila keputusan masuk, saya akan berkongsi video pengesahan akhir dan kemudian kembali memuat naik kandungan positif.

“Walaubagaimanapun, saya seorang selebriti. Sepanjang 27 tahun saya dalam industri hiburan, saya fikir peranan terbesar saya adalah untuk memberikan kebahagiaan dan kegembiraan kepada orang ramai. Saya fikir sehingga kini menerima komen berbaur kebencian dan difitnah untuk kepentingan katarsis orang lain adalah sebahagian daripada tugas seorang selebriti, tetapi selepas mengalami situasi ini, saya fikir ia sudah melampaui batas,” katanya.

“Saya ingin memberitahu anda bahawa jika anda menyebarkan khabar angin, menulis komen berniat jahat, atau melakukan perbuatan lain seperti itu, anda sendiri mungkin akan melihat akibat yang teruk,” sambung Kim Jong Kook.

Bagi Greg Doucette pula, Kim Jong Kook berkongsi, “Sekurang-kurangnya, saya mahu memberi dia peluang untuk meminta maaf sebagai seorang manusia dan sebagai seorang lelaki, supaya saya boleh menerima dengan tenang. Tidak kira sama ada dia meminta maaf atau tidak, apabila keputusan ujian doping saya keluar, saya akan menamatkan perkara ini walau apa cara sekalipun. Kali ini saya perlu mengambil tindakan.”

Greg Doucette bagaimanapun telah mengemukakan permohonan maafnya dan menurunkan video tersebut.

 

Sumber: [1]