Diterbangkan Layang-Layang, Budak Perempuan Melayang Di Udara Selama Setengah Minit

diterbangkan layang-layang, budak perempuan melayang di udara selama setengah minit

 

Korang rasa macam mana lah keadaan apabila diterbangkan oleh layang-layang?

Seorang kanak-kanak perempuan berhadapan dengan situasi mencemaskan apabila dia diterbangkan oleh layang-layang. Kejadian tersebut terjadi di sebuah festival di Taiwan.

Menurut laporan, kanak-kanak tersebut berada di ruang udara selama setengah minit. Kejadian terjadi apabila mangsa bernama Lin Chih-chien terlilit pada hujung tali layang-layang berwarna merah jambu bersaiz gergasi.

Kanak-kanak itu berada di ruang udara selama 31 saat selepas angin bertiup dengan kencang. Video yang viral di media sosial menunjukkan bagaimana mangsa berpusing berkali-kali di udara sebelum diselamatkan.

Berdasakan kenyataan daripada Datuk Bandar Hshincu, kanak-kanak terbabit telah tercalar pada wajahnya dan diselubungi perasaan takut selepas apa yanbg terjadi.

"Kerajaan tempatan memohon maaf kepada mangsa dan orang ramai," tulisnya di Facebook.

Sumber: Sinar Harian