Disneyland Perkenal Zon Avengers

Zon bertemakan Avengers bakal dibuka kepada orang ramai di Disneyland Resort di California bermula 4 Jun 2021.

disneyland perkenal zon avengers

Perkara tersebut didedahkan syarikat tersebut pada Khamis lalu.

Bertemakan barisan adiwira dari siri Avengers, zon tersebut juga merangkumi laluan Spider-Man yang membolehkan pengunjung merasai pengalaman seolah-olah mereka berada di dalam dunia adiwira itu.

disneyland perkenal zon avengers

Sementara itu, resort yang terletak di Anaheim itu juga dijangka bakal mula menyambut tetamu buat pertama kalinya setelah setahun bermula penghujung bulan April ini.

Terdahulu, taman tema Disney iaitu Disneyland serta California Adventure yang terletak berdekatan terpaksa menutup pintu mereka daripada orang ramai sejak Mac 2020 akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

 

Sumber: [1]