Disneyland Di China Dibuka Semula, Tiket Habis Dijual Dalam Masa Sehari

disneyland di china dibuka semula, tiket habis dijual dalam masa sehari

Selepas tiga bulan tidak beroperasi dan ditutup akibat penularan wabak COVID-19, akhirnya taman tema terkenal di China, Disneyland telah dibuka semula kepada orang ramai.

Berdasarkan laporan, tiket masuk ke taman Walt Disney Co. Shanghai Disneyland itu telah habis dijual dalam masa sehari selepas pengumuman pembukaan di buat pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun, kerajaan China meminta pihak Disneyland untuk mengurangkan jumlah pengunjung daripada 80,000 ke 30,000 orang sahaja. Jumlah pengurangan itu mewakili 30% daripada jumlah pengunjung sebelum ini.

Perkara tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga dan memastikan semua pengunjung dapat mengamalkan penjarakan sosial dan prosedur keselamatan.

Selain itu, semua pengunjung wajib memakai topeng muka, mengimbas suhu dan sistem pengesanan.

Sumber: CNBC