Disimpan 135 Tahun, Lukisan 'Rare' Van Gogh Ini Akhirnya Dijual

Salah satu daripada koleksi karya berharga oleh seniman Vincent Van Gogh berjudul “Street Scene in Montmartre” terjual dengan harga lebih daripada 13 juta euro (kira-kira RM 63, 448, 291) menerusi satu lelongan besar yang diadakan di Paris.

disimpan 135 tahun, lukisan 'rare' van gogh ini akhirnya dijual

Paling menangkap perhatian, lukisan itu dipamerkan untuk tatapan orang ramai buat julung kalinya sejak dilukis pada 135 tahun lalu.

Karya seni yang dihasilkan pada 1887 itu merupakan salah satu daripada 200 lukisan yang pernah dihasilkan seniman kelahiran Belanda itu selama dua tahun dia menghabiskan masa di Paris.

Ia menggambarkan salah satu kincir angin yang menghiasi Montmartre ketika Van Gogh masih berada di kampung yang terletak di pinggiran utara ibu kota itu.

Satu pasangan dilihat berjalan-jalan manakala dua orang kanak-kanak dilihat bermain di depan pagar kayu dan pohon tidak berdaun yang digambarkan dalam warna coklat dan ton coklat ‘palet Belanda’ miliknya, diselingi bendera merah terang yang bertiup di atas kilang.

Difahamkan bahawa tempoh tersebut menandakan titik perubahan dalam karier Van Gogh ketika dia mula meneroka teknik ekspresionis dan penggunaan warna baru pada tahun-tahun terakhir hidupnya, sebelum dia ditemui mati bunuh diri pada 1890 di usia 37 tahun.

Namun, ia tidak dianggap sebagai karya terbaiknya.

Terdahulu, karya Van Gogh yang berjudul “Laborer in a Field” terjual pada 2017 menerusi satu lelongan awam yang diadakan di New York.

Lukisan yang dilukis pada 1889 itu dilelong dengan harga lumayan $ 85 juta yang bersamaan dengan RM 335, 866, 500.

 

Sumber: [1]