Diselubungi Khabar Angin Perceraian, Ini Jawapan Kawan Rapat Pelakon Jun Ji Hyun

Baru-baru ini, kecoh industri hiburan Korea Selatan mengenai desas-desus berkaitan perceraian pelakon ternama, Jun Ji Hyun bersama sang suaminya.

diselubungi khabar angin perceraian, ini jawapan kawan rapat pelakon jun ji hyun

Ia berikutan terdapat kumpulan YouTuber tempatan yang mencetuskan khabar angin tersebut dengan mengatakan bahawa suami pelakon itu telah meninggalkan kediaman mereka dan tidak mahu lagi dikenali sebagai pasangannya.

Namun khabar angin tersebut kemudian dinafikan salah seorang kenalan terdekat pelakon jelita tersebut.

Menerusi laman Sports Chosun, kenalan Jun Ji Hyun itu mengatakan bahawa “Ia adalah khabar angin yang tidak masuk akal.”

Kata kenalan A, “Itu hanya spekulasi. Telah timbul khabar angin mengenai perselisihan yang berlaku antaranya dengan suami sejak mereka berkahwin lagi namun saya merasakan itu adalah harga berat untuk membayar kemasyhuran yang dia miliki sebagai bintang ternama,” sebelum menambah, “Saya tidak mengerti kenapa khabar angin itu harus muncul mengenai pasangan yang bahagia antara satu sama lain.”

Sementara itu, seorang lagi rakan yang hanya mahu dikenali sebagai kenalan B mengatakan, “Ketika saya pertama kali mendengar khabar angin mengenai perceraian mereka, saya hanya mentertawakannya kerana menganggap itu adalah gosip yang tidak masuk akal.”

Tambah kenalan B lagi, pihak yang mencetuskan khabar angin itu sepatutnya diambil tindakan tegas kerana berupaya merosakkan karier pelakon itu hanya dengan desas-desus yang tidak berasa selain mampu menyakitkan hati keluarga pelakon itu.

Jun Ji Hyun merupakan salah seorang pelakon ternama Korea Selatan yang mana antara hasil karya yang pernah dibintanginya termasuklah drama Legend of the Blue dan My Love From the Star.

Terdahulu, pelakon jelita itu mendirikan rumah tangga bersama pasangannya pada 2012.

 

Sumber: [1]