Dilamar Oleh Orang Yang Kita Tak Suka? Ini Cara Reject Yang Baik

dilamar oleh orang yang kita tak suka? ini cara reject yang baik

Perkara-perkara melibatkan hal perasaan ni bukanlah perkara yang remeh dan kecil. Tak kisah lah sama ada kita yang memberi perasaan atau yang diberi perasaan, kedua-duanya sangat penting dan perlu diambil berat.

Sebenarnya susah nak reject orang ni. Sebab mesti kita akan terfikir bagaimana hubungan selepas direject, perasaan seseorang selepas direject dan sebagainya. Kalau korang ada masalah ni, jom kami nak kongsikan cara me-reject lamaran orang dengan baik:

1. Berterus-terang

Yang ini mungkin agak keterlaluan tapi sebenarnya yang ini lah yang paling terbaik. Iya lah, kadang-kadang kebenaran tu memahitkan. Tapi, janganlah korang menghina, mengutuk atau apa-apa sahaja pada orang yang melamar tu. Slow talk dan cakap baik-baik, insha Allah dia akan memahami.

2. Kurangkan berkomunikasi

Maksudkan kurangkan dekat sini bukan tak boleh bercakap langsung tapi kurangkan. Kalau nak bercakap elakkan daripada topik-topik bersifat peribadi. Fokus kepada kerja korang dan cuba alihkan emosi korang pada orang tersebut.

3. Jangan beri harapan

Kalau kita tak suka orang tersebut, jangan beri harapan dan mainkan perasaan orang itu. Tak mudah weh untuk seseorang mencari semangat bagi meluahkan perasaan. Jadi, hormatilah perasaan tersebut dengan tidak memberi sebarang harapan.

Sumber: wanista