Dikhabar Bercinta Dengan Bekas Anggota MOMOLAND, Ini Jawapan Lee Min Ho

Pelakon popular Korea, Lee Min Ho terpalit dengan khabar angin yang mengatakan dia bercinta dengan bekas anggota kumpulan MOMOLAND, iaitu Yeonwoo.

dikhabar bercinta dengan bekas anggota momoland, ini jawapan lee min ho

Ia susulan berita Dispatch pada 30 Ogos yang melaporkan kedua-dua bintang terkenal itu telah menjalin hubungan selama lima bulan dan berkongsi hobi yang sama seperti permainan dan menonton filem.

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik secara berasingan, lapor Dispatch lagi, pelakon lelaki itu telah menjemput Yeonwoo untuk pergi menonton filem bersama.

Bagi menjawab khabar angin itu, agensi Lee Min Ho iaitu MYM Entertainment menjelaskan, “Adalah tidak benar mereka menjalin hubungan. Mereka hanya kenalan antara satu sama lain.”

Tambah agensi terbabit berkenaan foto-foto yang tersebar itu, “Bukan hanya mereka berdua, terdapat rakan lain yang turut sama pada waktu itu. Itu bukan gambar mereka keluar berdua.”

Dalam pada itu, agensi Yeonwoo iaitu MLD Entertainment turut menafikan khabar angin tersebut menerusi satu kenyataan terbaru dengan mengatakan bahawa hubungan antara mereka berdua tidak lebih dari sekadar junior dan senior yang berlegar dalam industri sama.

 

Sumber: [1]