Diculik Dan Dijual, Selepas 32 Tahun Lelaki Ini Bertemu Dengan Keluarga Kandungnya

diculik dan dijual, selepas 32 tahun lelaki ini bertemu dengan keluarga kandungnya

32 tahun yang lalu, seorang kanak-kanak lelaki telah diculik di luar hotel. Kejadian berlaku di jajahan Shaanxi pada tahun 1988.

Kemudian, budak lelaki yang bernama Mao Yin itu telah dijual kepada pasangan yang tidak mempunyai anak di kawasan Sichuan. Bagaimanapun, dia dibesarkan seperti anak mereka sendiri.

Namun, setelah terpisah lebih tiga dekad akhirnya lelaki ini telah bertemu semula dengan keluarga kandungnya. Penemuan ini terjadi selepas polis menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk membantu mengesan budak lelaki itu.

Polis menggunakan gambar Mao sewaktu kanak-kanak untuk menukar menjadi dewasa. Mereka juga menggunakan model untuk mengesan database negara untuk mencari maklumat yang sama.

Mereka segera bertindak selepas menerima maklumat bahawa terdapat pasangan yang telah membeli seorang kanak-kanak sekitar tahun 1980an di sekitar Sichuan.

Hari Isnin yang lalu. Mao telah berusia 34 tahun telah bertemu dan bersatu semula dengan ibu bapa kandunganya yang tidak pernah putus asa mencarinya. Suasana pertemuan itu semestinya sebak dan ramai yang mengalirkan air mata.

Mungkin korang tertanya-tanya, parents Mao ni tak cari ke anak dia?

Ok, berdasarkan laporan sebuah syarikat penyiaran tempatan CCTV, emak Mao sanggup berhenti kerja dan mengedarkan lebih 100,000 flyer untuk mencari anaknya. Bukan itu sahaja, dia juga telah muncul dalam beberapa saluran TV dan merayu agar anaknya dipulangkan.

Lebih tiga dekad, emak Mao telah menerima lebih 300 petanda yang menyatakan keberadaan anaknya. Namun, semuanya salah.

Tapi, penghujung April hari tu polis di Xi’an telah menerima maklumat bahawa seorang lelaki di jajahan Sichuan telah memberi seorang kanak-kanak dari Shaanxi.  

Selepas menemui Mao, mereka menjalankan DNA test ke atas Mao dan tertanya Mao adalah anak kepada pasangan yang telah diculik.

Parents yang menjaga Mao telah menamakannya semula dengan nama Gu Ningning. Dia membesar dan tak tahu pun yang sebenarnya dia diculik daripada keluarga kandunganya.

Dalam satu majlis pertemuan yang diadakan, Mao muncul dari pintu menuju ke bilik persidangan dan terus berlari ke dalam dakapan ibunya. Suasana sebak menyelubungi majlis tersebut.

Mao kini menjalankan perniagaan perhiasan rumah di Sichuan. Bagaimanapun, dia mahu berpindah ke Xi’an untuk hidup bersama keluarga kandunganya.

Sumber: Al-Jazeera