Di Usia 81 Tahun, Nenek Dari Indonesia Ini Kelihatan Awet Muda! Ini Rupanya Rahsia Dia...

Pendedahan kepada sinaran ultraviolet dari sinar matahari berupaya menyebabkan kerosakan pada kulit selain penuaan awal dan risiko barah kulit.

di usia 81 tahun, nenek dari indonesia ini kelihatan awet muda! ini rupanya rahsia dia...

Oleh sebab itu, penggunaan pelindung matahari untuk kulit dalam kehidupan seharian sering kali dititikberatkan oleh pakar.

Turut tidak ketinggalan, pelindung matahari untuk kulit juga boleh membuatkan seseorang itu kelihatan awet muda sekiranya digunakan dalam tempoh masa panjang.

Kalau tidak percaya, nenek di Indonesia ini buktinya.

Kisah mengenai nenek yang kelihatan awet muda ini mula tular di TikTok.

Ia dikongsikan menerusi akaun TikTok @diandramarshas yang mana gadis tersebut menjawab persoalan orang ramai berkenaan rahsia awet muda neneknya.

Dalam video tersebut, kongsi nenek tersebut, “Oh, saya rajin sejak kecil. Biasanya ketika saya masih muda, saya menggunakan sesuatu yang mentah seperti timun. Saya selalu menggunakan sunblock.”

Sejak dimuat naik, video tersebut telah mengumpul lebih dari 2.1 juta jumlah tontonan dengan ramai warganet menyatakan kekaguman mereka terhadap nenek tersebut.

Satu media tempatan kemudian menghubungi pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai Diandra Marsha Shafiera.

Menurut Diandra, neneknya itu bernama Kusthini Harjono Sigit dan berusia 81 tahun.

Kedua-dua mereka sering meluangkan masa bersama di Surabaya, Indonesia.

Kongsinya, ketika dia memuat naik video mereka bersama sebelum ini, ramai netizen memfokuskan pada wajah neneknya yang kelihatan begitu muda.

“Kerana ramai yang bertanya dalam video sebelumnya mengenai kulit nenek saya. Apa petua daripada nenek anda yang cantik dan awet muda, jawapannya adalah dengan menggunakan sunblock dan berfikiran positif,” kata Diandra.

Ketika dia mendengar petua menggunakan pelindung matahari daripada neneknya itu, Diandra akui berasa gembira kerana dia juga melakukan hal yang sama setiap hari.

“Saya gembira kerana saya juga seorang aktivitis yang menggunakan pelindung matahari,” simpul Diandra.

So kepada korang di luar sana, terutamanya kaum wanita, mungkin kita boleh ramai-ramai cuba cara ni?

Mana tau, nanti kita pun boleh kelihatan awet muda juga!

 

Sumber: [1]