Denmark memansuhkan kesemua sekatan COVID-19 yang telah dilaksanakan sejak Mac tahun ini lagi.
Susulan itu, rakyat negara tersebut tidak lagi mengenakan pelitup muka, serta tiada had jumlah orang ketika berkumpul dan tidak memerlukan kad kesihatan.
Namun, sekolah tetap akan kembali ditutup bagi mengelakkan sebarang peningkatan kes.
Menurut pakar penyakit berjangkit Denmark, Jens Lundgren, COVID-19 tidak lagi dianggap sebagai penyakit yang amat berbahaya selepas kempen vaksinasi yang terbukti berkesan melawan wabak tersebut.
Sebagai perkongsian, Denmark, merupakan satu-satunya negara dari Kesatuan Eropah setakat ini yang memansuhkan semua sekatan COVID-19, termasuklah penggunaan kad kesihatan sebelum masuk ke restoran dan kelab malam.
Negara tersebut berjaya mencapai imuniti kelompok dengan lebih 80% penduduknya lengkap divaksin.
Sumber: [1]