Dengan Satu Lagu Sahaja, BLACKPINK Cipta 5 Rekod Dunia

dengan satu lagu sahaja, blackpink cipta 5 rekod dunia guinness

Comeback kumpulan BLACKPINK ternyata menjadi perhatian dunia. Lagu How You Like That berjaya menambat hati ramai peminat terutama sekali BLINKERS. Yang bukan BLINKERS pun dah minta BLACKPINK.

Bukan sahaja memenangi hati peminat malah kumpulan yang terdiri daripada empat orang gadis ini berjaya memecah lima rekod dunia  dengan hanya satu lagu baharu.

Video muzik yang dilancarkan pada Jumaat lepas berjaya mencipta rekod berikut:

1. Video Paling Banyak ditonton

2. Muzik Video Paling Banyak ditonton

3. Video K-pop paling banyak ditonton

4. Penonton paling banyak untuk video premiere

5. Video premiere paling banyak ditonton di YouTube.

BLACKPINK merupakan salah satu hasil YG Entertainmenet yang berjaya. Mereka mula muncul pada tahun 2016 dengan pelbagai muzik yang berjaya menambat hati peminat dan juga menjuarai carta-carta muzik dunia.

Sumber: Astro Awani