Baru-baru ni kecoh pasal kompaun RM1,000 dari KKM untuk individu yang langgar SOP PKPP.
Ada yang cakap tak adil lah, sikit sangat lah, macam-macam lagi.
Padahal kalau kita fikirkan balik, nilai kompaun tu tak penting, yang paling penting kesedaran untuk patuh SOP yang ditetapkan.
Terbaru, jangan terkejut pulak, KKM bercadang untuk naikkan kompaun kepada RM10,000 tau!
Ini bukan main-main, ini benda serius sebab cadangan dah pun dibawa ke Parlimen.
Kalau denda ni betul-betul dikuatkuasakan, harap-harapnya semua orang boleh patuh dengan SOP yang ditetapkan.
Tapi, kalau masih ada yang langgar tuu, tak tau lah nak buat macam mana lagi...
Sebenarnya ni semuanya berbalik kepada tanggungjawab dan disiplin diri masing-masing.
Rasanya kita dah boleh ubah 'mindset' kita yang patuh arahan semata-mata takutkan denda.
Cuba kita patuh SOP tu dengan niat betul-betul nak cegah jangkitan Covid-19.
Mungkin lebih berkesan dan bermakna?
Haaa, fikir-fikirkanlah ye..
p/s : Teringat pulak dekat video viral remaja menangis kena denda RM1,000 sebab pakai pelitup muka dekat dagu masa tunggu tren, tak boleh bayangkan kalau kena denda RM10,000 sebab langgar SOP PKPP.
Oleh: Izzati Amir