Demam Misteri Melanda India, Ragut Nyawa Ramai Kanak-Kanak

Tatkala dunia masih lagi dilanda wabak COVID-19 yang berterusan, satu penyakit yang tidak diketahui telah membunuh lebih dari 50 penduduk di Uttar Pradesh, India sejak kebelakangan ini, yang mana kebanyakannya adalah kanak-kanak.

demam misteri melanda india, ragut nyawa ramai kanak-kanak

Memetik laporan India Today, kesemua pesakit dikatakan diuji negatif untuk COVID-19, bagaimanapun epidemik tifus berkemungkinan adalah puncanya biarpun terdapat juga kemungkinan lain seperti denggi yang tidak dapat dikecualikan.

Uttar Pradesh merupakan salah satu kawasan berpenduduk paling padat di India dengan lebih dari 200 juta penduduk yang mana baru-baru ini, kawasan sama turut digegarkan oleh gelombang COVID-19 lain.

Namun, menurut The Hindustan Times, musim tengkujuh yang terjadi telah menyebabkan sejumlah besar penyakit bawaan nyamuk yang mana wilayah tersebut kini melaporkan penyakit dan kematian akibat demam misteri.

Salah seorang anggota parlimen di wilayah Firozabad di Uttar Pradesh dilaporkan membuat spekulasi bahawa fenomena itu berkemungkinan disebabkan tepuan air, dan kekurangan sanitasi dan kebersihan adalah sebab di sebalik penyakit tersebut.

 

Sumber: [1]