De Gea & Lingard Wira Manchester United!

de gea & lingard wira manchester united!

Manchester United lebarkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris kepada 5 perlawanan musim ini selepas tumpaskan West Ham 2-1. Ketinggalan 1 gol, Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan sebelum Jesse Lingard menjaringkan gol kemenangan pada hujung perlawanan.

de gea & lingard wira manchester united!

Lingard tidak meraikan jaringan cantiknya kerana menghormati penyokong West Ham. Pemain tengah itu menjaringkan 9 gol dalam 16 perlawanan ketika beraksi secara pinjaman dengan West Ham untuk membantu pasukan itu menamatkan saingan liga di kedudukan ke-6 sekaligus melayakkan diri ke Liga Europa.

de gea & lingard wira manchester united!

Namun gol kemenangan Lingard itu hampir tidak bermakna apabila West Ham dihadiahkan sepakan penalti pada waktu kecederaan. Menerusi bantuan VAR, pengadil memutuskan bola terkena tangan Luke Shaw dalam kotak penalti. VAR ni tak nak bantu United pulak masa Ronaldo dijatuhkan 2-3 kali dalam kotak penalti West Ham sebelum tu.

de gea & lingard wira manchester united!

Pengurus West Ham, David Moyes membuat keputusan memasukkan Mark Noble, pemain veterannya untuk mengambil sepakan penalti tersebut. Berdepan De Gea, Noble dijangka mudah menyempurnakan sepakan tersebut untuk meraih 1 mata berharga buat West Ham.

de gea & lingard wira manchester united!

Mungkin malam tadi planet di seluruh bimasakti berkedudukan selari dan alam semesta berada dalam keseimbangan sempurna kerana De Gea menyelamatkan sepakan Noble. De Gea menyelamatkan penalti ni bukan perkara biasa. Kali terakhir penjaga gol ini menyelamatkan sepakan penalti adalah pada 2016 ketika penentuan sepakan penalti berdepan Everton pada aksi separuh akhir Piala FA.

de gea & lingard wira manchester united!

Kalau menyelamatakan sepakan penalti daripada permainan terbuka pula, kali terakhir De Gea berbuat demikian ialah 7 tahun lalu pada 2014 juga berdepan Everton. De Gea menyelamatkan sepakan Leighton Baines ketika itu. Rekod De Gea berdepan sepakan penalti amat buruk sebelum menyelamatkan sepakan penalti Noble kerana gagal menyelematkan 41 sepakan penalti. Sejak 2016, De Gea gagal menyelamatkan 22 sepakan penalti berturut-turut manakala seorang lagi penjaga gol United, Dean Henderson dah menyelamatkan 8 sepakan.

de gea & lingard wira manchester united!

Harap-harap De Gea mampu menyelamatkan lebih banyak sepakan penalti pada masa depan. Ye la, United kan nak mencabar kejuaraan liga musim ni. Ke sekadar cakap je?

 

Oleh: Karami Kamel