Dari Penyanyi Ke Pelakon, Ini 5 Fakta Yang Korang Kena Tahu Tentang Kang Daniel Dalam Rookie Cops!

Bekas ahli kumpulan K-Pop, WannaOne iaitu Kang Daniel yang juga Ketua Pegawai Eksekutif termuda dalam industri hiburan Korea, dan penyanyi solo baru-baru ini melebarkan sayapnya sebagai seorang pelakon pula menerusi drama lakonan sulungnya, Rookie Cops.

Berikut SYOK kongsikan lima fakta menarik tentang watak sulung Kang Daniel dalam Rookie Cops yang boleh ditonton di platform penstriman Disney+ Hotstar!

dari penyanyi ke pelakon, ini 5 fakta yang korang kena tahu tentang kang daniel dalam rookie cops!

  • Pelakon ‘rookie’ yang memainkan watak ‘rookie cop’

Rookie Cops mengikuti perjalanan pelajar di akademi polis yang berusaha keras menjadi polis meski menghadapi kesukaran mental dan fizikal sepanjang perjalanan. Pengalaman ini tidak terlalu jauh daripada pengalaman Kang Daniel sendiri apabila dia beralih daripada menjadi idola K-Pop kepada pelakon. Seorang lelaki yang memiliki prinsip dan ketabahan yang kuat, Wi adalah watak yang sempurna buat Kang dalam menyahut cabaran baru ini!

  • Seorang ‘ekstrovert’ yang berlakon sebagai ‘introvert’

Sebagai seorang ‘introvert’ dengan pandangan hidup yang terpelihara, Wi agak bertentangan dengan personaliti sebenar Kang yang suka keluar dan idealistik. Kang pernah menyatakan bahawa wataknya hampir 100 peratus berbeza daripada personaliti sebenar beliau!

  • Seorang ‘man of action’

Watak Wi yang dilakonkan oleh Kang sememangnya contoh teladan keadilan dan moral. Personanya yang pendiam dan dingin menyembunyikan watak hangat yang tidak boleh bersikap acuh tak acuh dalam menghadapi ketidakadilan. Cepat mengambil tindakan, sifat ini bagaimanapun menyebabkan Wi terpalit dalam masalah beberapa kali dalam drama ini!

  • Menjelma sebagai ‘Superhero Cop’

Bagi menjiwai wataknya dalam drama ini, Kang sanggup merujuk rakannya sendiri yang bekerja sebagai anggota polis. Sepanjang penggambaran berlangsung, Kang juga memikirkan tentang bagaimana wira-wira akan bertindak balas terhadap situasi yang dihadapi mereka bagi menghidupkan watak Wi.

  • Daripada musuh kepada kekasih

Menariknya mengenai jalan cerita Rookie Cops, Wi bermula sebagai watak menyendiri yang hanya punya satu matlamat dalam fikirannya iaitu untuk menamatkan pengajian dan bergelar polis. Bagaimanapun, apabila Eun Kang muncul di akademi tersebut, seluruh dunianya menjadi terbalik apabila mereka bertelagah. Namun, sepanjang perjalanan mereka berada di akademi tersebut, kedua-dua mereka menyedari bahawa mereka kemudiannya jatuh cinta terhadap satu sama lain.