Dah Tahu Nak Buat ‘Swab Test’ COVID-19 Percuma Kat Mana?

dah tahu nak buat ‘swab test’ covid-19 percuma kat mana?

Baru-baru ini kerajaan umum ujian saringan atau ujian calitan (swab test) COVID-19 boleh buat secara percuma untuk golongan pekerja.

Ni untuk pencarum PERKESO kat kawasan dan negeri yang dikenakan PKPB.

Tapi korang jangan main redah je. Ada proses dan caranya. 

Ada 2 cara. Boleh guna kaedah Janji Temu dengan Panel Pekhidmatan PERKESO atau Subsidi Saringan Prihatin (PSP).

Untuk cara pertama majikan kena menghubungi panel perkhidmatan PERKESO.

Senarainya boleh rujuk laman sesawang psp.perkeso.gov.my 

Cara kedua pulak saringan COVID-19 boleh buat kat makmal selain daripada panel perkhidmatan PERKESO.

Majikan yang bayar dulu lepas tu buat tuntutan kat PERKESO. Subsidi yang ditanggung PERKESO adalah maksimum RM150 seorang.

Baiklah, senang kata semuanya kena melalui majikan. 

Oh ya, kalau dah pernah buat tapi perlu buat lagi macam mana? Jawapannya, ya bolehhh 🙂



Oleh: KJ

Sumber & foto: PERKESO, AWANI, Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo & Internet