Dah Boleh Bayar Melalui WhatsApp, Tapi Ciri Ini Masih Belum Sampai Di Malaysia

dah boleh bayar melalui whatsapp, tapi ciri ini masih belum sampai di malaysiadah boleh bayar melalui whatsapp, tapi ciri ini masih belum sampai di malaysia

Nampaknya, aplikasi yang diguna ramai WhatsApp turut mengikut beberapa pesaingnya degan melancarkan pembayaran melalui aplikasi itu.

Aplikasi yang dimiliki oleh Facebook itu telah melancarkan ciri tersebut untuk pengguna yang berada di Brazil. Kiranya, pengguna dekat sana dah boleh hantar dan terima duit melalui WhatsApp.

Buat masa ini WhatsApp menyatakan bahawa ciri itu percuma bagi pengguna mereka. Bagaimanapun, meeka mengenakan yuran pemprosesan kepada business yang menggunakan kaedah pembayaran melalui aplikasi ini.

Caranya lebih kurang sama je macam e-wallet yang lain. Korang boleh link kan Visa atau Mastercard korang dengan akaun WhatsApp. Lepas tu boleh lah buat pembayaran.

Wow, tak sabarnya nak sampai dekat Malaysia. Jadi, lagi mudahlah urusan pembayaran selepas ni kan.

Sumber: Tech Crunch