Curi Lebih 700 Seluar Dalam Wanita, Lelaki Di Jepun Ini Akhirnya Dicekup Polis

Akibat mencuri 700 pakaian seluar dalam wanita dari kedai dobi, seorang lelaki di Jepun ditahan pihak polis.

curi lebih 700 seluar dalam wanita, lelaki di jepun ini akhirnya dicekup polis

Suspek yang dikenal pasti sebagai Tetsuo Urata, 56, itu ditangkap ketika dia sedang mencuri enam pasang seluar dalam daripada seorang pelajar berusia 21 tahun di mesin basuh dalam sebuah dobi di wilayah selatan Jepun, Oita.

Menurut laporan media tempatan, ketika rumahnya digeledah oleh pihak polis, mereka menemui 730 pakaian dalam lain.

Menerusi satu foto yang menunjukkan beratus-ratus seluar dalam yang diletakkan di lantai, tegas pihak polis, ini merupakan kejadian pertama seumpamanya yang berlaku setelah bertahun-tahun.

Rata-rata, kebanyakan warganet mencela perbuatan lelaki tidak bertanggungjawab itu.

Menurut sumber, lelaki tersebut ditangkap pada 24 Ogos lalu yang mana dia difahamkan masih belum disabitkan.

 

Sumber: [1]