Curi-Curi Rentas Negeri Untuk Pulang Ke Kampung, Berbaloi Ke?

Balik kampung, oo oo oo balik kampung, hati girang!

Lagu Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad ni memang popular setiap kali nak sambut raya.

Tambah-tambah kurang seminggu lagi nak raya ni kita sibuk kemas baju nak balik ke kampung.

curi-curi rentas negeri untuk pulang ke kampung, berbaloi ke?

Tapiii, berbeza untuk tahun ini, kita tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung atau merentas negeri lain bagi mencegah jangkitan Covid-19 dalam kalangan keluarga.

Dengar macam sedih kan, tapi arahan ni sangat-sangat penting, guys!

Korang tau tak, kira-kira 970 kes positif Covid-19 ada sejarah merentas negeri!

18 kluster daripada jumlah keseluruhan berkait dengan aktviti rentas negeri dan sampai sekarang, 10 kluster tu masih aktif!

Cukup lah statistik ni buat korang berfikir banyak kali untuk hentikan rancangan korang curi-curi nak rentas negeri untuk balik kampung.

curi-curi rentas negeri untuk pulang ke kampung, berbaloi ke?

Nak ke kita balik ke PKP yang ketat, semua orang kena duduk rumah dan tak boleh keluar langsung?

So, tolong la kali ni je kita korbankan raya demi keselamatan orang tersayang.

curi-curi rentas negeri untuk pulang ke kampung, berbaloi ke?

InshaAllah, bila semuanya kembali normal, kita boleh peluk cium mak ayah kita di kampung, okay.

Oleh: Izzati Amir