Cuba, Negara Pertama Yang Jalankan Vaksinasi Pada Kanak-Kanak

Cuba menjadi negara pertama di dunia yang menjalankan proses vaksinasi COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia dua hingga 10 tahun.

cuba, negara pertama yang jalankan vaksinasi pada kanak-kanak

Program besar-besaran itu dijalankan dengan menggunakan vaksin buatan tempatan.

Pihak berkuasa kesihatan sebelum ini melaporkan penularan varian Delta yang meningkat dalam kalangan kanak-kanak.

Susulan itu, komuniti saintis negara tersebut kemudian meluluskan vaksinasi kepada kanak-kanak selepas menjalankan kajian klinikal.

Terdahulu, suntikan vaksin COVID-19 dijalankan terhadap kanak-kanak dan remaja berusia 11 hingga 18 tahun beberapa minggu lepas.

Ia melibatkan dua suntikan vaksin Soberana 02 dan satu suntikan vaksin Soberana plus.

Sebagai rekod, Cuba berjaya menghasilkan dua vaksin buatan tempatan, iaitu Soberana dan Abdala, yang mana ia menerima kelulusan buat kegunaan kecemasan oleh pihak berkuasa tempatan dan kini berada dalam proses menyerahkan maklumat kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

Sumber: [1]