Cuaca Panas Boleh Menyebabkan Kereta Rosak!

Baru baru ini Jabatan Metereologi Malaysia (MET) telah mengumumkan cuaca panas yang akan berlarutan sehingga bulan Mei. 

.

Panas serta bahang matahari boleh merosakkan komponen kenderaan anda. Berikut adalah tips untuk menjaga kenderaan anda di dalam cuaca panas yang melanda!

.

Minyak Enjin

Dalam cuaca yang panas, enjin kenderaan memerlukan minyak pelincir yang mencukupi bagi memastikan kelancaran enjin dan ini boleh dibuat dengan memastikan minyak enjin ditukar apabila sudah mencapai jumlah perjalanan atau mencapai masa yang disyorkan serta menggunakan kelikatan minyak enjin yang disyorkan oleh syarikat pengeluar kenderaan tersebut. 

cuaca panas boleh menyebabkan kereta rosak!

.

Bateri kenderaan 

Cuaca panas boleh menyebabkan tekanan tambahan pada bateri kenderaan. Bahang dari cuaca panas boleh menyebabkan bahan kimia kehijauan untuk terkumpul di bateri kenderaan anda yang boleh menyebabkan percikan api. Haba juga boleh menyebabkan cecair bateri untuk tersejat dan ini boleh merosakkan struktur dalaman bateri disebabkan haba boleh mempercepatkan proses tindakbalas kimia. 

Letakkan kenderaan anda di tempat letak kereta yang mempunyai bumbung dan terlindung dari panas matahari bagi menjaga bateri kenderaan anda. 

cuaca panas boleh menyebabkan kereta rosak!

Credit: carcare.com

.

Tayar

Matahari yang memancarkan haba boleh menaikkan suhu jalanraya dan sekaligus secara langsung menjejaskan tayar kenderaan anda terjejas disebabkan udara panas akan mengembang dan boleh menyebabkan tayar kenderaan meletup atau boleh juga menyebabkan tayar rosak dan tidak menggunakan lebih awal dari apa yang dijangkakan. 

.

Jangan keluarkan angin dan kempiskan tayar disebabkan tayar yang tidak mempunyai cukup angin boleh juga mendatangkan bahaya. 

.

Pastikan anda memasukkan udara yang cukup yang mengikuti cadangan tekanan tayar pengeluar kenderaan dengan merujuk kepada pelekat yang selalu diletakkan di pintu pemandu atau di corong untuk mengisi minyak. 

cuaca panas boleh menyebabkan kereta rosak!

Credit: cars.com

.

Wiper (Pengelap) Kereta

Wiper juga tidak terkecuali dari cuaca panas. Getah dari wiper boleh kering dan hilang fleksibiliti, sekali gus hilang keberkesanan.

.

Anda boleh menaikkan wiper apabila meletakkan kenderaan di kawasan terbuka untuk memastikan getah tidak lari dari bentuk asal di bawah cuaca terik.  

.

Anda juga boleh gunakan wiper silikon yang boleh bertahan lebih lama dari wiper getah. 

.

Apapun pastikan wiper anda ditukar setiap tahun bagi memastikan keberkesanan wiper apabila cuaca hujan. 

cuaca panas boleh menyebabkan kereta rosak!

Credit: Wapcar

.

Cat Kereta

Cat kereta juga boleh terkesan dari pancaran ultra violet (UV) dari matahari. UV boleh mengoksidakan kenderaan anda dan menjadikan cat kereta kelihatan usang lebih awal dari jangkaan. 

.

Ramai syarikat yang menawarkan perkhidmatan coating yang mungkin boleh membantu untuk menambah usia cat kenderaan.

.

Penjagaan yang rapi juga boleh dibuat dengan memastikan kenderaan dicuci selalu tetapi pastikan anda tidak mencuci kenderaan di bawah matahari yang panas disebabkan kepanasan tidaklah membantu air cepat kering tetapi shampoo yang tidak dikeringkan dengan betul boleh menyebabkan water spotting dan menyebabkan cat kereta cepat rosak. 

cuaca panas boleh menyebabkan kereta rosak!

Credit: avalonking

 .

 

Oleh Capo Rod