Cuaca Panas Dijangka Melanda Utara Semenanjung Hingga 18 Januari Ini

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Twitternya, ia memaklumkan bahawa kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia mengalami cuaca panas dan kurang hujan terutama negeri-negeri di utara sehingga 18 Januari ini.

cuaca panas dijangka melanda utara semenanjung hingga 18 januari ini

Dalam pada itu, menurut ia lagi, angin kencang di timur Sabah dijangka berterusan hingga 18 Januari ini.

Keadaan tersebut dilaporkan boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan berkenaan.

Berikutan itu, MetMalaysia memaklumkan bahawa ia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan Sabah yang berkuat kuasa hingga 18 Januari.

Sementara itu, amaran angin kencang dan luar bergelora peringkat kategori pertama di perairan pantai Sarawak dan Sabah yang diramal berterusan hingga 20 Januari.

Amaran tahap waspada atau kuning merujuk kepada keadaan hujan berterusan yang dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari manakala amaran angin kencang dan laut bergelora peringkat kategori pertama pula melibatkan angin kencang dengan kelajuan angin dari 40 ke 50 kilometer sejam dan atau laut bergelora dengan ketinggian gelombang sehingga 3.5 meter.

 

Sumber: [1]