Cristiano Ronaldo Berkabung Atas Kematian Anak Kembar

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo bersama pasangannya, Georgina Rodriguez terpaksa akur dengan suratan takdir seleps salah seorang anak kembar mereka yang baru dilahirkan meninggal dunia.

cristiano ronaldo berkabung atas kematian anak kembar

Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh penyerang Manchester United itu menerusi akaun laman sosialnya pada Isnin lalu.

“Dukacita kami ingin mengumumkan bayi kembar kami yang lelaki telah meninggal dunia.

“Ini merupakan detik paling sukar bagi seorang ibu dan bapa.

“Namun kehadiran kembarnya, seorang bayi perempuan, memberikan kami kekuatan untuk menghadapi waktu yang sukar ini,” coretnya.

Pasangan tersebut juga mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan jururawat yang mengendalikan kelahiran anak kembar mereka.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan jururawat dan segala usaha serta sokongan mereka.

“Kami ingin minta supaya tidak diganggu pada waktu sukar ini.

“Kepada anakku, kamu merupakan bidadara kami. Kami akan sentiasa menyayangi kamu,” tambahnya.

Pada Oktober tahun lalu, Ronaldo mengumumkan bahawa pasangannya Georgina sedang hamil anak kembar mereka.


Sumber: [1]