Pernah tak korang terfikir ais krim warna hitam?
Haaa kalau tak pernah, Cornetto akan menghasilkan ais krim dengan warna hitam dan dikenali sebagai Aiskrim Cornetto Black Hojicha.
Menurut Cornetto, ais krim ini diilham dari negara Jepun. Aiskrim berperisa Hojicha ini bakal menjanjikan satu pengalaman baharu yang mesra Instagram.
Dari segi pembungkusan, aiskrim ini sangat istimewa keeana pembalutnya diembos. Manakala, dari segi rasa korang akan teruja dengan gabungan rasa coklat dan Hojicha Panggang.
Bersempena dengan bulan cinta ini juga, Cornetto telah berkerjasama dengan dua penggubah bunga terkanl iaitu 50Gram dan Ed’s Fleur. Sepanjang kempen ini yang bermula dari 1 Februari hingga 15 Februari, mereka akan menghasilkan jambangan bunga dengan ilham daripada Cornetto Black Hojicha.
Selain tu, setiap jambangan bunga yang dibeli sewaktu kempen ini, Cornetto dan 50Gram akan menyumbang RM 5 kepada badan kebajikan Love Force House.
Berdasarkan Cornetto, Malaysia merupakan negara ketiga di dunia yang menerima Ais Krim Cornetto Black Hojicha ini selepas Thailand dan Indonesia. Korang semua boleh beli ais krim ni dengan harga RM 3 dia semua outlet peruncit di seluruh negara.