Comel, Anak Gajah Yang Baru Dilahirkan Tunjukkan Jalan Pada Sang Ibu

Sering kali, gelagat haiwan mencuit hati sehingga membuatkan kita semua berasa terhibur melihatnya.

comel, anak gajah yang baru dilahirkan tunjukkan jalan pada sang ibu

Tidak terkecuali foto yang satu ini yang mana seekor anak gajah yang baru sahaja dilahirkan beberapa jam menunjukkan jalan kepada ibunya.

Foto tersebut dirakamkan dengan latar belakang hutan hijau yang mempesonakan dengan ibu dan anak gajah itu berjalan antara satu sama lain.

Ia disiarkan di Twitter oleh Pegawai Perkhidmatan Hutan India, Parween Kaswan, yang mana coretnya, “Kombo yang cantik. Anak gajah berusia beberapa jam menunjukkan jalan kepada sang ibu.”

 

Sumber: [1]