Clarks Dan Wu-Tang Clan Bergabung Hasilkan Kasut Yang Super Duper Unik

clarks dan wu-tang clan bergabung hasilkan kasut yang super duper unik

Foto kredit: Life Without Andy 

Kalau korang peminat muzik hip hop semestinya korang kenal dengan kumpulan Hip Hop Wu-Tang Clan. Haa, kitorang ada berita yang baik untuk peminat Wu-Tang Clan ataupun Clarks.

Untuk pengetahuan korang, Wu-Tang Clan dan Clarks Originals telah bergabung dan menghasilkan satu koleksi Wallbee. Yang menariknya, koleksi ini mempunyai tiga warna dengan design yang sangat unik dan cantik.

clarks dan wu-tang clan bergabung hasilkan kasut yang super duper unik
 
Bagi peminat kasut dari Clarks, korang mesti dah tahu akan keselesaan kasut Wallabee ni. Jadi, ini lah masa yang paling sesuai untuk korang menggayakan kasut ini dengan kolaborasi dengan kumpulan hip hop Wu-Tang Clan ni pula. Mesti akan lagi awesome!

clarks dan wu-tang clan bergabung hasilkan kasut yang super duper unik

Bukan tu sahaja, untuk koleksi kali ini mereka hasilkan kasut dengan kekemasan yang diperbuat daripada kulit. Bukan tu je, kasut ini juga mempunyai lapisan yang turut diperbuat daripada kulit. Membuatkan kasut ini lebih eksklusif adalah logo Wu-Tang pada bahagian tumit kasut tersebut. Setiap design pula mempunyai ciri tahan kotoran dan tahan dari air. Wow! 

clarks dan wu-tang clan bergabung hasilkan kasut yang super duper unik

Kalau korang berminat untuk dapatkan koleksi The Clarks Originals x Wu Wear, korang boleh dapatkan secara eksklusif di Sole What, The Gardens Mall dengan harga RM 795 sepasang bermula pada 2 Ogos ini.

clarks dan wu-tang clan bergabung hasilkan kasut yang super duper unik