China Mansuhkan Budaya 996, Haramkan Pekerja Bekerja Lebih 12 Jam Sehari

Kebanyakan penduduk China rata-ratanya sudah terbiasa dengan budaya kerja yang dikenali sebagai 996, iaitu memulakan kerja pada jam 9 pagi dan berakhir pada 9 malam, selama enam hari berturut-turut.

china mansuhkan budaya 996, haramkan pekerja bekerja lebih 12 jam sehari

Berjuta-juta pekerja di negara terbabit bahkan telah terbiasa dengan meluangkan hari Sabtu di hujung minggu mereka dengan bekerja.

Budaya kerja tersebut bagaimanapun berkemungkinan akan berubah selepas Mahkamah Agung di negara itu memutuskan bahawa tempoh bekerja terbabit telah melanggar beberapa undang-undang buruh negara.

Memetik laporan Vice, dalam satu kes berprofil tinggi, hakim tertinggi China menjatuhkan hukuman dendam dan ganti rugi kompensasi terhadap syarikat yang memecat pekerja mereka hanya kerana enggan mengikuti budaya kerja 996.

Menurut Mahkamah Agung, undang-undang buruh China secara khusus menetapkan toleransi terhadap beban kerja lebih masa untuk setiap pekerja dalam sebulan adalah 36 jam.

Berikutan itu, mana-mana syarikat yang menerapkan sistem 996 disebut hakim sebagai melanggar undang-undang dan melakukan praktik haram.

Menurut Mahkamah Agung, undang-undang perburuhan China secara khusus menetapkan toleransi terhadap beban kerja lembur untuk setiap pekerja dalam sebulan adalah 36 jam. Oleh itu, syarikat yang menerapkan sistem "996" disebut hakim yang melanggar undang-undang dan melakukan praktik haram.

“Bekerja keras tidak salah, tetapi jangan mendorong pekerja untuk bekerja keras tanpa kesedaran syarikat untuk memenuhi tanggungjawab mereka,” kata Mahkamah Agung China.

Dalam catatan dokumen tersebut, Mahkamah Agung China meminta semua perusahaan untuk tidak bermain-main dengan peraturan mengenai gaji lebih masa dan menghormati hak mereka untuk bercuti.

“Sekiranya perselisihan mengenai kerja lebih masa dan cuti terus terjadi, maka kestabilan sosial di China akan menjadi terganggu,” tambah Mahkamah Agung China.

 

Sumber: [1]