Dalam usaha memerangi wabak COVID-19, China menggesa masyarakat antarabangsa untuk membina ‘tembok besar imuniti’.
Menerusi Forum Keamanan Dunia ke-9 yang berlangsung di negara tersebut baru-baru ini, Menteri Luarnya iaitu Wang Yi menerangkan bagaimana cabaran yang mendatang akibat wabak COVID-19 harus dihadapi bersama.
Menurutnya, keutamaan yang paling mendesak adalah mempercepatkan pembangunan ‘tembok besar imuniti’ untuk menangkis virus melampaui diskriminasi politik dan melakukan kerjasama anti-pandemik antarabangsa.
Susulan itu, pihaknya akan terus berusaha meningkatkan akses dan kemampuan vaksin untuk negara-negara membangun.
Sehubungan dengan itu, lebih 480 juta dos vaksin yang dibangunkan di negara itu juga telah diedarkan ke negara-negara lain.
Setakat Jumaat lalu, China dilaporkan telah memberikan sejumlah 1.28 bilion dos vaksin kepada rakyatnya.
Sumber: [1]