China meletakkan semua 17 juta penduduk di bandar Shenzhen yang merupakan antara bandar terbesarnya, bawah perintah berkurung selepas jangkitan COVID-19 di seluruh negara itu naik seganda kepada hampir 3,400.
Bandar tersebut memaklumkan kepada semua penduduknya supaya terus berada di rumah ketika ia bergelut untuk menghapuskan serangan Omicron yang dikaitkan dengan wilayah jirannya, Hong Kong yang dilanda virus.
Shenzhen mengarahkan khidmat pengangkutan awam dan semua perniagaan yang tidak penting menggantung operasi hingga 20 Mac selain menyatakan ia akan melancarkan tiga pusing ujian besar-besaran.
“Jika pencegahan dan kawalan tidak diperkukuh tepat waktunya dan dengan langkah tegas, ia boleh menjadi penularan masyarakat berskala besar dengan mudah,” kata pegawai kesihatan Shenzhen, Lin Han Cheng.
Pada 2019, China menjadi yang pertama dunia yang mengesan virus COVID-19.
Bagaimanapun, negara tersebut berjaya mengekalkan dasar ‘sifar COVID’ yang ketat, melibatkan penutupan pantas, sekatan perjalanan dan ujian besar-besaran apabila kelompok muncul.
Namun, pendekatan tersebut mula diuji selepas munculnya varian Omicron yang ligat menular.
Sumber: [1]