China Bina Ferris Wheel Di Atas Jambatan!

china bina ferris wheel di atas jambatan!

Tianjin merupakan bandar persisiran pantai di utara China bersempadan dengan Beijing dan daerah Heibei terkenal dengan pelancongan rekreasi. Bandar ini kaya dengan nilai budaya, social dan ekonomi sejak dahulu lagi.

Banyak tarikan pelancongan seperti The Five Great Avenues, Menara Radio dan TV Tianjin dan juga Drum Tower.

china bina ferris wheel di atas jambatan!

Roda Ferris Tianjin Eye yang dibina di atas Jambatan Yongle merentasi Sungai Hai adalah simbolik kepada bandar ini. Tianjin Eye mempunyai diameter 120 meter dan merupkan satu satunya roda ferris yang dibina atas sebuah jambatan.

Roda ferris siap dibina pada tahun 2008. Menjadi antara 10 roda ferris tertinggi di dunia dan nombor satu di Asia. Menggunakan kuasa elekrik sepenuhnya dan mempunyai 48 kapsul penumpang. Mengambil masa 20 – 40 minit untuk satu putaran. Mampu menampung sebanyak 768 penumpang dalam sejam.

SUMBER: MAKANLENA

OLEH: KHALIE AZMI