Chile Jadi Negara Pertama Di Dunia Tawarkan Suntikan Keempat

Chile menjadi negara pertama di dunia yang menawarkan suntikan vaksin COVID-19 keempat.

chile jadi negara pertama di dunia tawarkan suntikan keempat

Menurut pengumuman yang dibuat Presiden Sebastian Pinera, program suntikan tambahan itu bakal dimulakan pada minggu depan.

“Pengalaman menunjukkan keberkesanan vaksin adalah berkurangan dengan kemunculan varian baharu.

“Sehubungan itu, kami mengumumkan suntikan keempat akan bermula Isnin, 10 Januari.

“Kami akan mulakan pemberian vaksin besar-besaran bagi suntikan keempat dan dos penggalak,” katanya.

Chile merupakan antara negara yang merekodkan kadar vaksinasi tinggi dan boleh disifatkan sebagai model contoh kerana bertindak balas cepat terhadap pandemik.

Bagi suntikan dos keempat, kerajaan akan menggunakan jenis vaksin yang diluluskan untuk negara tersebut termasuk Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca.

Menteri Kesihatan Chile memaklumkan gabungan berlainan vaksin sepatutnya menghasilkan tindakan balas imun yang lebih baik.

 

Sumber: [1]