Chen EXO Selamat Timang Anak Kedua

Anggota kumpulan K-Pop terkenal, iaitu Chen EXO sah bergelar bapa kepada dua orang anak!

chen exo selamat timang anak kedua

November tahun lalu, Chen didedahkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata keduanya bersama sang isteri.

Demikian memetik sumber Xsportnews pada 19 Januari lalu, isteri Chen dilaporkan baru-baru ini telah selamat melahirkan anak kedua mereka.

Sebagai tindak balas kepada laporan tersebut, agensinya SM Entertainment mengesahkan bahawa berita itu adalah benar.

Januari 2020, Chen mengumumkan perkahwinannya yang mana dia kemudia menyambut anak pertamanya bersama sang isteri pada April tahun sama.

Chen kini sedang menjalani aktiviti ketenteraan selepas mendaftar pada Oktober 2020.

 

Sumber: [1]