Chen EXO Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Anggota kumpulan EXO, iaitu Chen bakal menimang cahaya mata keduanya bersama isteri.

chen exo bakal timang cahaya mata kedua

Berita tersebut dilaporkan oleh Newsen pada 16 November lalu.

SM Entertainment turut mengesahkan berita tersebut dengan mengatakan, “Memang benar isteri Chen hamil anak kedua mereka.”

Terdahulu, Chen mengumumkan perkahwinan mereka pada Januari 2020 lalu.

Pasangan tersebut menyambut kelahiran anak pertama mereka pada tahun sama.

Chen kini sedang menjalani perkhidmatan ketenteraan selepas mendaftar masuk pada Oktober tahun lalu.

Tahniah kepada Chen dan isterinya!

 

Sumber: [1]