Chanyeol EXO Dituduh ‘Curangi Bekas Kekasih Dengan 10 Orang Wanita’, SM Entertainment Ambil Tegas

Kerana tidak mahu artis naungan mereka terpalit dalam lagi-lagi kontroversi yang terutamanya tidak masuk akal, SM Entertainment mengumumkan bahawa mereka telah mengambil tindakan undang-undang terhadap warganet yang menyebarkan khabar angin mengenai salah seorang anggota EXO, iaitu Chanyeol.

chanyeol exo dituduh ‘curangi bekas kekasih dengan 10 orang wanita’, sm entertainment ambil tegas

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 17 Mei lalu, SM Entertainment mengatakan, “Kami telah menyaman mereka yang menyebarkan khabar angin palsu mengenai Chanyeol, dan sejauh mana yang kami ketahui, pihak polis telah mengenal pasti mereka yang tertuduh dan telah dibawa kepada pegawai undang-undang dengan saranan agar dilakukan dakwaan.”

Kami menuntut mereka yang menyebarkan khabar angin palsu tentang Chanyeol, dan sejauh yang kita ketahui, pihak polis telah mengenal pasti mereka yang dituduh dan akan meneruskannya kepada pegawai undang-undang dengan saranan untuk melakukan dakwaan.”

Tambah SM lagi, “Ini adalah salah satu bentuk kes pelanggaran hak mengenai barisan artis kami, yang mana agensi ini secara konsisten mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara sedemkian. Kami mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran khabar angin palsu, penghinaan, dan banyak lagi mengenai barisan artis kami, termasuk Chanyeol.”

Oktober tahu lalu, Chanyeol dengan tidak semena-mena terpalit dalam satu kontroversi yang melibatkan kehidupan peribadinya, yang mana dia dituduh curang dengan seorang wanita yang mengatakan bahawa dia merupakan bekas kekasih penyanyi tersebut.

Menurut ‘bekas kekasihnya’ itu, Chanyeol dikatakan curang dengan 10 orang wanita lain sepanjang mereka menjalinkan hubungan cinta bersama.

Namun penyataan tersebut kemudian dibidas oleh Chanyeol empat bulan kemudian menerusi satu surat yang ditulisnya.

Dalam perkembangan lain, anggota EXO terbabit baru-baru ini telah selamat mendaftar masuk ke dalam perkhidmatan ketenteraannya.

Sebelum itu, dia sempat membintangi filem terbarunya yang berjudul The Box.

 

Sumber: [1]