Cetus Kontroversi Kes Buli, Soojin (G)I-DLE Pilih Undur Dari Kumpulan

Selepas hampir lima bulan mendiamkan diri susulan terpalit dengan kontroversi kes buli zaman sekolah, anggota (G)I-DLE, Soojin, mengumumkan bahawa dia akan menarik diri daripada kumpulan tersebut.

cetus kontroversi kes buli, soojin (g)i-dle pilih undur dari kumpulan

Biarpun terdahulu, Soojin pernah menafikan tuduhan tersebut dan mengatakan bahawa dia tidak mengingati sekiranya pernah terlibat dengan perbuatan sebegitu, Soojin bagaimanapun akhirnya memutuskan untuk mengundurkan diri.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Cube Entertainment, tulis mereka, “Kami ingin meminta maaf kerana menyinggung perasaan orang ramai berkenaan kontroversi yang melibatkan artis naungan kami, Seo Soojin.

“Kami ingin memberitahu bahawa telah diputuskan Seo Soojin akan menarik diri daripada kumpulannya berkuat kuasa hari ini (Ahad).”

Tambah Cube Entertainment, kumpulan terbabit akan terus menjalani promosi pada masa hadapan dengan lima anggota sedia ada.

Kumpulan (G)I-DLE pertama kali membuat kemunculan mereka dalam industri K-Pop pada 2018 menerusi lagu “Latata” yang berjaya melonjakkan populariti mereka hingga merangkul beberapa kemenangan dalam beberapa rancangan muzik.

 

Sumber: [1]