Kumpulan K-Pop popular, EXO bakal melakukan kemunculan kembali menerusi album istimewa berjudul Don’t Fight the Feeling yang dikeluarkan bersempena dengan ulang tahun ke-9 mereka.
Tidak sahaja berita tersebut mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat yang sekian lama menunggu mereka setelah hampir dua tahun mendiam diri daripada aktiviti berkumpulan, bahkan ia juga hadir dengan berita yang lagi menggembirakan yang menimbulkan kejutan dalam kalangan mereka.
Salah seorang anggota EXO iaitu Lay, yang telah bercuti daripada aktiviti promosi Korea Selatan sejak 2016 akan turut sama menyertai kemunculan semula EXO pada kali ini setelah hampir empat tahun memfokuskan pada karier solonya di China!
Kali terakhir Lay mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan EXO adalah pada 2018 yang mana dia turut menyanyikan sama single utama berjudul “Don’t Mess Up My Tempo” versi Bahasa Cina untuk album mereka Tempo, selain muncul sebagai kameo dalam video muzik untuk lagu yang sama versi Bahasa Korea.
Album Don’t Fight the Feeling bakal menemui peminat pada 7 Jun ini dan ia merupakan album pertama EXO yang dikeluarkan oleh kumpulan tersebut sejak 2019 menerusi Obsession.
Sumber: [1]