Cetus Kekeliruan Dalam Kalangan Penduduk Dunia, WHO Perjelas Sebab Namakan Varian Baru Omicron

Penamaan varian baru COVID-19 “Omicron” telah menyebabkan berlakunya kekeliruan dalam kalangan penduduk dunia.

cetus kekeliruan dalam kalangan penduduk dunia, who perjelas sebab namakan varian baru omicron

Mei tahun ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggunakan hurut dalam abjad Yunani untuk menamakan varian baru COVID-19 seperti “Delta”, diikuti lapan lagi varian lain seperti “Eplison”, “Iota” dan “Lambda”.

Selepas penemuan varian baru dengan nama saintifik B.1.1.529 minggu lalu di Afrika Selatan, pemerhati kesihatan menjangkakan WHO bakal menamakan varian tersebut dengan menggunakan huruf seterusnya daripada abjad Yunani iaitu “Nu”.

Agensi kesihatan itu bagaimanapun tidak menggunakannya juga abjad seterusnya iaitu “Xi” dan sebaliknya beralih kepada “Omicron”, huruf ke-15.

Menerusi satu kenyataan bertulis kepada agensi berita CNN, WHO menjelaskan bahawa “Nu” sering digunakan untuk menyatakan sesuatu yang baru atau “new”.

Sementara itu, “Xi” pula memiliki ejaan sama dengan kebanyakan nama keluarga penduduk dunia.

“Amalan terbaik WHO dalam menamakan penyakit baru adalah untuk tidak menggunakan perkataan yang mungkin akan menyentuh perasaan mana-mana kumpulan dari segi kebudayaan, sosial, kebangsaan, rantau, profesional atau etnik,” terang kenyataan tersebut.

“Nama saintifik sesuatu penyakit mungkin sukar untuk disebut atau diingati.

“Oleh itu ramai lebih suka memberi nama tempat sesuatu varian atau penyakit itu ditemui.

“Namun amalan ini boleh dilihat sebagai satu penghinaan kepada tempat tersebut,” jelasnya.

Terdapat sembilan lagi huruf dalam abjad Yunani yang mana abjad seterusnya ialah “Pi”.

 

Sumber: [1]