Catat Satu Kes COVID-19, Canberra Laksana Perintah Berkurung

Selepas mencatatkan satu kes jangkitan COVID-19, ibu negara Australia iaitu Canberra menguatkuasakan serta-merta perintah berkurung selama seminggu bermula Khamis lalu.

catat satu kes covid-19, canberra, ibu negara australia laksana perintah berkurung

Kes terbabit difahamkan adalah jangkitan pertama yang dikesan di bandar yang mempunyai populasi 460,000 penduduk itu sejak 10 Julai tahun lalu.

Seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an disahkan positif pada Khamis dengan punca jangkitan yang masih tidak diketahui.

Selain Canberra, Sydney, Melbourne dan beberapa bandar di New South Wales akan turut sama melaksanakan perintah berkurung akibat penularan varian Delta.

Penduduk Canberra hanya dibenarkan untuk meninggalkan rumah mereka atas urusan penting sahaja.

Sementara itu, kedai runcit akan ditutup dan premis makanan akan dibuka untuk ‘take-away’ sahaja.

Untuk sekolah pula, hanya akan dibuka bagi pelajar yang tidak boleh tinggal di rumah.

Jelas Menteri Wilayah Persekutuan Australia Andrew Barr, sekatan itu adalah bertujuan untuk mengurangkan pergerakan dan potensi jangkitan wabak.

“Tujuan perintah berkurung ini bagi memastikan orang ramai tidak bergerak sewenang-wenangnya.

“Virus ini merebak apabila orang bergerak dan mempunyai kontrak antara satu sama lain,” ujarnya.

 

Sumber: [1]