Catat Lebih 150 Kes COVID-19, Bandar Xi'an Buat Ujian Saringan Besar-Besaran

Susulan catatan kes baru sebanyak 156, bandar Xi’an, China menjalankan ujian saringan COVID-19 secara besar-besaran bagi menghentikan penularan wabak tersebut.

catat lebih 150 kes covid-19, bandar xi'an buat ujian saringan besar-besaran

Ia selepas bandar tersebut mencatatkan angka jangkitan melebihi 150 kes untuk lima hari berturut-turut.

Sejak lonjakan semula kes positf, bandar Xi’an mula mengenakan perintah berkurung dengan bantuan makanan dan barangan asas disalurkan menerusi penduduk oleh sukarelawan.

Jumlah itu mungkin dianggap masih rendah berbanding negara-negara lain yang menyaksikan lonjakan kes secara mendadak.

China bagaimanapun kekal menguatkuasakan dasar sifar toleransinya terhadap COVID-19 lagi-lagi dalam keadaan yang mana negara terbabit hanya berbaki beberapa minggu sebelum ia menganjurkan temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing.

 

Sumber: [1]