Cara Terbaik Untuk Elak Spek Mata Berwap Sewaktu Memakai Mask

cara terbaik untuk elak spek mata berwap sewaktu memakai mask

Semenjak berlaku COVID-19 ni, semua orang digalakkan untuk memakai pelitup muka atau face mask. Walaupun pihak kerajaan masih belum mewajibkan perkara itu namun, korang semua kena pakai sekiranya berada di tempat awam supaya kita boleh memutuskan penyebaran COVID-19.

Bagi orang biasa, pakai face mask ni mungkin benda biasa dan tak jadi masalah. Tapi, kalau mereka yang berkaca mata mesti annoying kan? Sebab setiap kali bernafas mesti cermin mata akan berwap dan menyebabkan pemandangan menjadi kabur.

Jadi, apa yang korang boleh buat adalah dengan membentuk mask tersebut mengikut bentuk hidung. Setiap mask pasti ada nose wire. Jadi, gunakan nose wire tersebut untuk membentuk dan mengikut hidung.

Lagi satu cara ialah pastikan cermin mata korang tak terlalu sejuk. Caranya, letak seketika di dalam poket sehingga wap sejuk itu hilang. Selepas dah hilang baru lah pakai balik.

Sumber: Yahoo Style